Terdapat 5080 berita berdasarkan kata kunci carian "eu"

Syarikat Sekutu Supermax Bina Kilang Sarung Tangan Perubatan Bernilai US$50 Juta Di Brazil

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Supermax Corporation Bhd, melalui syarikat sekutunya, Supermax Brasil Importadora S/A (Supermax Brasil) akan menubuhkan kilang pembuatan sarung tangan perubatan di Paraná, Brazil, dengan komitmen pelaburan keseluruhan 250 juta Real Brazil (US$50 juta).

Keuntungan Bersih Suku Pertama Takaful Malaysia Meningkat Kepada RM100.97 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi mencecah RM100.97 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2026 (TK2026) berakhir pada 31 Mac, 2026 daripada RM94.53 juta bagi tempoh sama 2025, didorong oleh peningkatan prestasi perkhidmatan takaful.

Untung Bersih YTL Corp Susut Kepada RM325.99 Juta Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd (YTL Corp) susut kepada RM325.99 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM432.63 juta pada suku sama tahun kewangan 2025.

Keuntungan Bersih IOI Properties Meningkat Kepada RM258.11 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Properties Group Bhd melonjak 3.39 kali tahun ke tahun kepada RM258.11 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 31 Mac, 2026, bagi tahun kewangan semasa (suku ketiga tahun kewangan 2026) daripada RM76.13 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pharmaniaga Peroleh Kontrak Bekal Insulin Bernilai RM281.7 Juta Dari Kementerian Kesihatan

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd, melalui anak syarikat milik penuh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) telah memperoleh kontrak pembekalan insulin kepada kemudahan penjagaan kesihatan di seluruh negara selama tiga tahun bernilai RM281.7 juta daripada Kementerian Kesihatan.

QL Resources Raih Untung Bersih Lebih Rendah Pada RM450.35 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- QL Resources Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah pada RM450.35 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 (TK2026) berbanding RM455.08 juta bagi tempoh sama 2025.

Unit Mudajaya Jual 45 Peratus Pegangan Dalam Real Jade Pada Harga RM118.45 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Mudajaya Group Bhd, melalui anak syarikat tidak langsung milik penuh, Xelmont Ltd, menjual 45 peratus kepentingan ekuitinya dalam Real Jade Ltd kepada Minyi Holdings Ltd (MHL) pada harga HK$234 juta (RM118.45 juta).

Ryt Bank Lancar Ryt Invest, Tawar Pelaburan Patuh Syariah Serendah RM1

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ryt Bank telah melancarkan platform pelaburan dalam aplikasi baharu yang dinamakan, Ryt Invest, pelaburan patut syariah yang pertama kali dibawa oleh sebuah bank digital dengan caj jualan sifar peratus.

Untung Bersih IJM Corp Susut Kepada RM3.24 Juta, Umum Dividen Kedua Dan Khas

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd merosot kepada RM3.24 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (TK2026), daripada RM403.37 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Ketegangan Geopolitik Berterusan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila ketegangan geopolitik yang memuncak di Asia Barat meningkatkan permintaan terhadap mata wang AS susulan sentimen penghindaran risiko semakin ketara.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai berikutan data ekonomi China yang menggalakkan, kata peniaga.

SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Utama, Tingkat Akses Penyenaraian Awam Untuk Penerbit

KUALA LUMPUR, 28 Mei  (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons untuk memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.