BERITA TERKINI   Masyarakat Rohingya di Malaysia harus patuh kepada peraturan negara ini - PM Anwar | Masyarakat Rohingya di Malaysia harus patuh kepada peraturan negara ini - PM Anwar | Rakyat Malaysia diingat jangan langgar peraturan dan undang-undang dalam menangani isu Rohingya - PM Anwar | Kekangan logistik, keperluan latihan faktor utama PRN Johor dan Negeri Sembilan tidak diadakan serentak - SPR | PRN Johor: Seramai 2,727,926 individu layak mengundi - SPR | 

Terdapat 3454 berita berdasarkan kata kunci carian "maa"

Harga Minyak Brent Kekal Di Bawah US$90 Setong Ketika Pembukaan Dagangan Jumaat

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Harga minyak Brent ditutup pada US$90.40 setong dan terus diniagakan di bawah paras US$90 setong (US$1=RM4.05) pada pembukaan dagangan Jumaat susulan peningkatan optimisme terhadap potensi perjanjian antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Bursa Malaysia Meningkat Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada Wall Street, yang mencatatkan kenaikan mendadak diterajui oleh saham teknologi selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membuat kenyataan positif mengenai prospek perjanjian di Asia Barat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Kebanyakan Mata Wang Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang serantau pada Jumaat berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang mereda, meningkatkan sentimen terhadap mata wang tempatan.

Great Wall Motor Pamer Ekosistem Mobiliti Paling Komprehensif Di KLIMS 2026

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Great Wall Motor (GWM) Malaysia mempamerkan ekosistem mobiliti paling komprehensif pada Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 dari 12 hingga 21 Jun, 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan  Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Industri Automotif Malaysia Perlu Mengukuh Dalam Rantaian Nilai, Pacu Mobiliti Masa Depan

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Industri automotif tempatan Malaysia perlu terus mengukuh dalam rantaian nilai, bukan sekadar sebagai pemasang atau pengedar malah juga sebagai pembangun teknologi, perkhidmatan dan penyelesaian untuk pasaran serantau memandangkan landskap mobiliti terus berevolusi.

Bursa Saham Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Terpilih

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas didagangkan dalam julat yang kecil, disokong oleh belian terpilih yang mengimbangi aktiviti pengambilan untung.

Pengenalan Biodiesel B15 Mampu Tangani Inflasi, Beban Fiskal -- CGS International

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Inisiatif kerajaan untuk melancarkan adunan biodiesel B15 merupakan satu langkah strategik memandangkan bahan mentah yang lebih murah mampu melemahkan paras inflasi domestik dan mengurangkan kos fiskal, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

Malaysia, ASEAN Raih Limpahan Manfaat Piala Dunia FIFA 2026

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 memberikan limpahan manfaat kepada Malaysia terutama dalam sektor perdagangan digital, penggunaan media, pembayaran, logistik dan perniagaan rentas sempadan, kata ahli perbankan terkemuka.

Malaysia, Jepun Sepakat Perkasa Kerjasama Keselamatan Tenaga, Nuklear Dan Mineral Kritikal

Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar

TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun hari ini bersetuju untuk memperkukuh kerjasama keselamatan tenaga dan tenaga nuklear awam ketika kedua-dua negara berusaha meningkatkan daya tahan menghadapi gangguan bekalan global dan ketidaktentuan geopolitik yang semakin memuncak.

Industri Takaful Naik 4.73 Peratus Pada 2025, Sumbangan Kasar Cecah RM16.38 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Industri takaful Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.73 peratus sekali gus membawa jumlah sumbangan kasar kepada RM16.38 bilion, menurut Persatuan Takaful Malaysia.

Lawatan Ke Jepun Perkukuh Pelaburan, AI Dan Perdagangan Dua Hala - PM Anwar

Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar

TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun menumpukan kepada usaha memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, khususnya dalam menarik pelaburan dan perdagangan serta sektor berteknologi tinggi yang memberi impak langsung kepada ekonomi rakyat.

Malaysia, Jepun Berupaya Perkukuh Rantaian Bekalan Teknologi Serantau - PM Anwar

TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun boleh memberikan sumbangan yang bermanfaat kepada pengukuhan rantaian bekalan serantau terutama dalam industri semikonduktor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.