MATFA Gesa Pembaharuan Duti Hiburan Bantu Tingkat Akses B40, Pertumbuhan Pelancongan
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Persatuan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia (MATFA) menggesa kerajaan melaksanakan pembaharuan terhadap Akta Duti Hiburan 1953 atau menggantikan undang-undang era kolonial itu yang dilihat membebankan keluarga berpendapatan rendah dan menghalang perkembangan sektor hiburan keluarga.