Terdapat 4 berita berdasarkan kata kunci carian "pelabuhan bintulu"

Unit Pelabuhan Bintulu Tegaskan Komitmen Perkukuh Operasi Tenaga Luar Pesisir

KUCHING, 17 Julai (Bernama) -- Anak syarikat Bintulu Port Holdings Bhd (Bintulu Port), Borneo Oil and Gas Supply Base Sdn Bhd (BOGSB) menegaskan semula komitmennya untuk memperkukuh operasi tenaga luar pesisir melalui pembangunan infrastruktur strategik dan perkhidmatan bersepadu.

BPHB Sasar Jadikan Pelabuhan Bintulu, Perindustrian Samalaju Hab CCS

KUCHING, 24 April (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) sedang membangunkan infrastruktur penyimpanan dan pemerangkapan karbon (CCS) di Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Perindustrian Samalaju sebagai sebahagian daripada strategi kemampanan jangka panjangnya.

Malaysia Perlu Utamakan Perkapalan Hijau Sejajar Usaha Maritim Global Lindungi Alam Sekitar

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan dan mengutamakan trend perkapalan hijau untuk kekal relevan walaupun mempunyai kelebihan strategik di sepanjang Selat Melaka, kata perunding pengurusan global.

Bintulu Port Dapat Lanjutan Operasi 12 Bulan Menerusi Perjanjian Interim Ketiga

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), anak syarikat milik penuh Bintulu Port Holdings Bhd, telah memeterai perjanjian interim (IA) ketiga dengan Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) bagi lanjutan operasi selama 12 bulan di Pelabuhan Bintulu.