1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AirAsia X Bhd mengumumkan sijil perakuan pengendali udara (AOC) gabungannya membawa kira-kira 18.9 juta penumpang pada suku pertama 2026, meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya dipacu oleh lonjakan permintaan domestik.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Prospek jangka pendek AirAsia X Bhd (AAX) kekal disokong permintaan perjalanan yang berterusan, meskipun pelaksanaan surcaj bahan api baharu bagi menangani lonjakan harga bahan api jet susulan konflik di Asia Barat menyebabkan kenaikan tambang penerbangan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah menerima sebuah Boeing 737-8 iaitu pesawat ke-15 jenis itu serta penghantaran pertama bagi tahun ini yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Khamis.
2hari ago
GEORGE TOWN, 9 April (Bernama) -- Penerbangan terus baharu antara Pulau Pinang dan Chongqing menzahirkan usaha strategik negeri itu untuk memperkukuh kehadirannya dalam pasaran China serta meningkatkan lagi kesalinghubungan udara dengan wilayah barat negara itu, sekali gus menyuntik momentum baharu kepada sektor pelancongan dan pertukaran ekonomi serantau.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis walaupun prestasi Wall Street semalaman positif.
3hari ago
SINGAPURA, 8 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan pemulihan berperingkat industri penerbangan dalam tempoh beberapa bulan, khususnya di rantau Teluk susulan perkembangan terkini konflik di Asia Barat.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Weststar Group tidak terjejas dengan konflik Asia Barat kerana telah keluar daripada operasi pengangkutan luar pesisir di rantau itu sejak akhir tahun lepas.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — AirAsia tidak terlibat dalam lindung nilai bahan api walaupun merancang untuk berbuat demikian selepas kenaikan harga minyak dan kekangan kewangan menghalang keupayaan syarikat penerbangan itu untuk menjimatkan kos.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- AirAsia X sedang melaraskan kapasiti serta tambang di samping mengawal kos untuk mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api, kata Pengasas Bersama dan Penasihat Tan Sri Tony Fernandes.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- AirAsia X hari ini memberi jaminan tidak akan melaksanakan langkah mengurangkan jumlah pekerjaan atau menawarkan cuti tanpa gaji sebagai pilihan dalam mengurus lonjakan kos susulan krisis Asia Barat.
7hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Mendiang Tun Dr Ling Liong Sik memainkan peranan penting dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan Malaysia, dengan meninggalkan legasi berkekalan membabitkan pelabuhan, lapangan terbang dan rangkaian logistik yang terus menyokong daya saing negara, kata pemain industri.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd memperluas rangkaiannya menerusi pelancaran laluan baharu ke Shenzhen dan Changsha, China, bermula Julai 2026.