23hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 22 Mei (Bernama) -- Kunjungan rasmi delegasi Bank Pembangunan Asia (ADB) ke Labuan membuktikan tumpuan terhadap kedudukan strategik pulau bebas cukai berkenaan sebagai pangkalan sokongan luar pesisir minyak dan gas (O&G), pusat kewangan antarabangsa serta gerbang maritim.
1bulan ago
LABUAN, 4 Mei (Bernama) -- Perbadanan Labuan (LC) sedang mempergiat usaha untuk mengambil bahagian secara langsung dalam usaha niaga permodalan aset, sebagai sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk mencapai kemampanan kewangan jangka panjang dan mengurangkan kebergantungan kepada geran kerajaan.
1bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 29 April (Bernama) -- Langkah mengembalikan status bebas cukai kepada Labuan perlu diberi pertimbangan sewajarnya sepertimana cadangan untuk Langkawi dalam usaha menyokong sektor pelancongan, runcit serta perniagaan di wilayah berkenaan, menurut Perbadanan Labuan (LC).
1bulan ago
LABUAN, 29 April (Bernama) — Majlis Penasihat Perbadanan Labuan sebulat suara menyokong cadangan bagi membina sebuah kilang penapisan minyak di pulau berkenaan.
1bulan ago
LABUAN, 29 April (Bernama) -- Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) digesa menubuhkan sebuah cawangannya di sini bagi mempermudah urusan syarikat pengangkutan dan logistik yang beroperasi di pulau berkenaan.
2bulan ago
LABUAN, 8 April (Bernama) -- Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh untuk menangani cabaran ekonomi yang menjejaskan penggiat industri di Labuan.
2bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 28 Mac (Bernama) -- Perbadanan Labuan (LC) mengemukakan permohonan cadangan (RFP) kepada pelabur tempatan dan asing bagi pemajakan dan pembangunan lapan aset miliknya termasuk tapak bekas Hotel Labuan yang dirobohkan baru-baru ini.
4bulan ago
LABUAN, 14 Feb (Bernama) -- Kesambungan penerbangan yang lebih baik dan usaha promosi di peringkat global lebih giat akan merancakkan pembangunan pelancongan Labuan, kata penggiat industri pelancongan pulau ini.
4bulan ago
LABUAN, 14 Feb (Bernama) -- Anggota Majlis Penasihat Perbadanan Labuan mengadakan mesyuarat pertama hari ini bagi sesi 2025-2027 dengan menumpukan kepada langkah memperkukuh ekonomi serta menangani beberapa cabaran ekonomi tertunggak dan baharu yang dihadapi pulau ini.
4bulan ago
LABUAN, 26 Jan (Bernama) -- Labuan perlu mencipta dan mengukuhkan identitinya untuk diiktiraf sebagai destinasi ekonomi yang unik serta berdaya saing, dan bukannya mencerminkan model pembangunan negeri atau wilayah lain, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Lo Su Fui.
4bulan ago
LABUAN, 16 Jan (Bernama) -- Labuan hari ini menganjurkan Dialog Strategik Minyak dan Gas (O&G) bagi mengatasi kekangan operasi dalam industri dan mengukuhkan kerjasama antara sektor swasta serta pengawal selia kerajaan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.
8bulan ago
LABUAN, 13 Okt (Bernama) -- Persidangan Tuna Labuan 2025 yang julung kali diadakan menandakan pencapaian penting bagi Labuan, seiring dengan perkembangan pesat industri tuna tempatan serta aspirasi Malaysia untuk menjadi hab tuna serantau.