7jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Harga minyak boleh mencecah US$120 (US$1=RM3.93) setong jika pihak berkuasa Iran meneruskan ancaman mereka untuk menyerang lima kemudahan di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 9.5 peratus kepada RM245.2 bilion pada Februari 2026 daripada RM223.9 bilion setahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
1hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah baru-baru ini dan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).
1hari ago
LABUAN, 18 Mac (Bernama) -- Persatuan Penghantar Fret Labuan (LFFA) menzahirkan keyakinannya terhadap prestasi Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) dalam mengurus dan mengendalikan operasi di Pelabuhan Labuan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Inflasi utama Malaysia dijangka kekal terkawal, disokong oleh subsidi bersasar kerajaan, di tengah-tengah konflik Asia Barat, kata Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
1hari ago
SINGAPURA 18 Mac (Bernama) -- Ringgit meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Singapura hari ini, disokong oleh harga tenaga yang tinggi dan keyakinan yang semakin meningkat terhadap kecerdasan buatan (AI).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Pengenalan pindaan utama kepada amalan pembiayaan sewa beli di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (HPAA) adalah langkah penting untuk meningkatkan perlindungan kepada peminjam terutama bagi mereka yang ingin menjual kenderaan sebelum kontrak pembiayaan matang.
2hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, susulan penjualan mendadak di pasaran minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Airfreight Forwarders Association of Malaysia (AFAM) menggesa supaya pelarasan surcaj bahan kargo udara (FSC) oleh syarikat penerbangan tempatan dikaitkan dengan indeks harga bahan api yang diiktiraf atau penanda aras yang telus, seperti yang diamalkan oleh syarikat penerbangan antarabangsa.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia stabil pada separuh kedua 2025 berikutan kelemahan awal, dengan peningkatan beransur-ansur dijangka pada separuh pertama 2026, kata Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) dan Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) hari ini memeterai perjanjian lanjutan operasi, kemudahan dan pengurusan serta perjanjian pemajakan bertujuan mengukuhkan lagi operasi pelabuhan dan perkhidmatan maritim di pulau bebas cukai itu.