1hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya kukuh berbanding mata wang utama dan unit serantau namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).
2hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang serantau termasuk dolar AS berikutan minat risiko yang semakin baik, disokong oleh keyakinan yang semakin tinggi bahawa laluan melalui Selat Hormuz adalah selamat.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, apabila pelabur beralih tumpuan kepada aset selamat susulan kebimbangan terhadap harga minyak mentah yang tidak menentu.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang serantau berikutan kebimbangan mengenai minyak mentah berkurangan susulan keputusan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
8hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama dan unit serantau, namun tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur ekoran kenaikan harga minyak mentah.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan kekal stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
13hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ringgit ditutup bercampur-campur berbanding kalangan mata wang utama pada Khamis berikutan pelabur terus membeli aset selamat.
14hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu berikutan pelabur beralih kepada mata wang selamat dan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain dan negara serantau.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kekal dalam jajaran sempit apabila pasaran terus memantau rapat perkembangan di Asia Barat.
21hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini, menurut penganalisis.
23hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Isnin susulan ketidaktentuan di Asia Barat yang meruncing dan menekan sentimen, kata penganalisis.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) selain ASEAN pada hari urus niaga terakhir minggu ini, dipacu oleh minat belian berterusan di tengah-tengah sentimen optimis namun berhati-hati susulan perkembangan di Asia Barat.