BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu ikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa - PM Anwar | Puasa satu ujian keikhlasan, disiplin dan integriti - PM Anwar | Mulakan Ramadan dengan perasaan tawaduk, muhasabah dan perbaiki diri - PM Anwar | 

Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian "smj energy"

Sabah Peroleh 20 Peratus Kepentingan Strategik PSC EOR Sabah Utara

KOTA KINABALU, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah menerusi anak syarikat milik penuh, SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE), mengukuhkan lagi kedudukan dalam sektor huluan minyak dan gas (O&G) dengan memperoleh kepentingan penyertaan strategik sebanyak 20 peratus dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Perolehan Semula Minyak Dipertingkat (EOR) Sabah Utara.

SMJ Energy Ambil Alih 20 Peratus Kepentingan Kontrak Perkongsian Pengeluaran Sabah Utara

KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Sabah dijangka mendapat manfaat yang lebih besar dalam sumber minyak dan gas (O&G) susulan pengambilalihan sebanyak 20 peratus kepentingan penyertaan bukan operasi dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Perolehan Semula Minyak Dipertingkat (EOR) Sabah Utara oleh syarikat milik kerajaan negeri SMJ Energy (SMJE).

Sabah Peroleh Ruang Penyertaan Menyeluruh Dalam Industri Minyak Dan Gas - Azalina

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Sabah telah diberikan ruang penyertaan yang lebih menyeluruh dalam rantaian nilai industri minyak dan gas, termasuk melalui penglibatan aktif syarikat milik kerajaan negeri seperti SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) menerusi Perjanjian Kolaborasi Komersial (CCA).

Sabah Ambil Alih Ekuiti 25 Peratus Dalam Kemudahan ZLNG Petronas - Hajiji

KOTA KINABALU, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah, melalui SMJ Energy Sdn Bhd menandatangani perjanjian induk (HoA) dengan Petronas LNG Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan ekuiti sebanyak 25 peratus dalam kemudahan gas asli cecair terapung berhampiran pantai (ZLNG) bernilai US$3.1 bilion (RM13.17 bilion) di Sipitang.

Petronas Perkukuh Kerjasama Di Sabah, Meterai Perjanjian Ekuiti Dengan SMJ Energy

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya Petronas LNG Sdn Bhd (PLSB) memeterai perjanjian induk (HoA) dengan SMJ Energy Sdn Bhd (SMJ Energy) untuk memformalkan terma penyertaan ekuiti SMJ Energy sebanyak 25 peratus dalam PFLNG 3 Sdn Bhd.

Petronas Jalin Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Manfaatkan Potensi Tenaga Sabah

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), telah memeterai beberapa perjanjian utama dengan kerajaan negeri Sabah pada Persidangan & Pameran Minyak, Gas dan Tenaga Sabah (SOGCE) 2025.

Sabah Sasar Capai Pertumbuhan Mampan, Jadi Pemain Utama Ekonomi Dan Perdagangan

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Di tengah-tengah peralihan ekonomi global, Sabah melangkah kehadapan dengan langkah-langkah strategik bagi meletakkan negeri itu bukan sahaja sebagai pemain serantau, tetapi juga kuasa utama dalam perdagangan dunia.

Sabah Seru Syarikat OGSE Rebut Peluang Petronas Dalam Dua Tahun Akan Datang

KOTA KINABALU, 7 Mac (Bernama) - Kerajaan Sabah menyeru syarikat-syarikat perkhidmatan minyak dan gas (OGSE) di negeri ini untuk merebut peluang dalam sektor yang disediakan oleh Petronas dalam dua tahun akan datang. 

Petronas Tamatkan MBR 2024 Dengan Pemeteraian Dua PSC

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Petronas, melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), berjaya mengakhiri Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2024 dengan pemeteraian dua kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) untuk Blok SB306A dan SB306B, yang terletak di luar pantai Sabah.

Projek SOGIP RM8.88 Bilion Pemangkin Sabah Jadi Hab Tenaga Asia Tenggara

KOTA KINABALU, 11 Feb (Bernama) -- Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (O&G) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Tiada Rancangan Tutup Operasi Sabah International Petroleum - Masidi

KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).