Untung Bersih YTL Hospitality REIT Bagi Tahun Kewangan 2025 Susut Kepada RM148.56 Juta
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- YTL Hospitality Real Estate Investment Trust (YTL Hospitality REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM148.56 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025, berbanding RM178.0 juta yang dicatatkan setahun sebelum itu.