DUNIA

Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte Tiba Di Netherlands Untuk Perbicaraan

13/03/2025 02:56 AM

ISTANBUL, 13 Mac (Bernama-Anadolu) -- Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di The Hague, Netherlands, pada Rabu bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dalam "perang dadah" yang dilancarkannya, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Filipina.

Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila sebaik tiba dari Hong Kong.

Pesawat itu singgah di Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke The Hague.

Anak perempuannya yang juga Naib Presiden Filipina, Sara Duterte turut berlepas ke The Hague pada Rabu bagi membantu mengatur pasukan guaman untuk bapanya.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2401812