Pihak pendakwaan hari ini menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan dalam kes seorang anggota polis yang didakwa membunuh lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, tahun lepas.
Peguam Aida Jaafar Mad Ariff yang mewakili tertuduh Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 27, berkata dokumen itu akan diteliti terlebih dahulu kerana turut membabitkan barangan kes ketika kejadian.