DUNIA

FYP Ke-15 China Jadi Tumpuan Dunia  

20/10/2025 04:37 PM

BEIJING, 20 Okt (Bernama-CMG) -- Usaha kerajaan China merencanakan pelan pembangunan sosioekonomi bagi tempoh 2026 hingga 2030 yang dikenali Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

Media asing melaporkan, China komited memperkasa pembangunan berkualiti tinggi sekali gus membawa peluang besar kepada dunia.

Artikel disiarkan melalui laman sesawang  jurnal Britain, The Economist menyebut bahawa pelan berkenaan mencakupi pelbagai bidang termasuk pembuatan canggih dan pembangunan hijau, sepadan dengan status China sebagai entiti ekonomi kedua terbesar dunia.

Menurut artikel itu, China berjaya muncul sebagai peneraju dalam bidang kenderaan elektrik (EV) dan kini menumpukan kepada industri yang lebih futuristik seperti robot humanoid dan pengkomputeran kuantum.

Laporan diterbitkan menerusi laman sesawang akhbar Pakistan Observer pula menunjukkan, seiring dengan pelaksanaan FYP ke-15 China, usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pembangunan untuk negara-negara terlibat, antaranya termasuk kesalinghubungan, penaiktarafan infrastruktur, transformasi digital dan lain-lain.

-- BERNAMA-CMG

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2480836