PASARAN

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Mentah

23/10/2025 09:40 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, mengatasi kerugian pada awal dagangan sejajar dengan pengukuhan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga dijangka kekal disokong dengan lebih baik pada paras RM4,350 satu tan dan paras rintangan pada RM4,580 satu tan.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2025 dan Disember 2025 masing-masing meningkat RM24 kepada RM4,425 dan RM4,450 satu tan, manakala kontrak Januari 2026 naik RM15 kepada RM4,471 satu tan.

Kontrak Februari 2026 menokok RM15 kepada RM4,481 satu tan, kontrak Mac 2026 meningkat RM14 kepada RM4,476 satu tan dan kontrak April 2026 naik RM15 kepada RM4,463 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 113,478 lot daripada 109,930 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 270,452 kontrak daripada 277,711 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM untuk November Selatan menambah RM20 kepada RM4,450 satu tan.

-- BERNAMA


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2482226