PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

23/10/2025 07:15 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.

Ketua penyelidikan Berjaya Research Sdn Bhd, Kenneth Leong berkata FBM KLCI dijangka kekal dalam fasa penstabilan sekiranya tiada pemangkin baharu, dengan sasaran pada lingkungan 1,600 mata.  

Beliau berkata paras ketahanan berada pada 1,611, diikuti 1,620 manakala paras sokongan kekal pada 1,580.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2025 mengukuh 5.0 mata kepada 1,613.0, November 2025 meningkat  4.0 mata kepada 1,612.0, Disember 2025 menokok 4.5 mata kepada 1,611.5, dan kontrak Mac 2026 menambah 3.5 mata kepada 1,593.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,646 lot daripada 6,233 lot pada hari Rabu, manakala kepentingan terbuka naik kepada 46,426 kontrak daripada 45,329 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.31 mata kepada 1,608.0 daripada 1,602.69 pada Rabu.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2482151