DUNIA

PM China Seru Usaha Bersama Untuk Capai Kejayaan Baharu Asia Timur

27/10/2025 06:58 PM

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama-Xinhua) -- Perdana Menteri China Li Qiang pada Isnin menyatakan kesediaan China untuk memperkukuh penyelarasan strategi pembangunan dengan semua pihak dan  berpegang  kepada prinsip keterbukaan dan kerjasama serta mengambil tindakan yang lebih praktikal bagi bersama-sama mencapai kejayaan baharu dalam pembangunan Asia Timur.

Li menyatakan perkara itu ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) ke-28 yang diadakan di Malaysia, lapor Xinhua.

--BERNAMA-XINHUA

 

 


 

KEYWORDS
   
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2484021