AM

Kementerian Komunikasi, JSJN Perkukuh Kerjasama Perangi Dadah

27/10/2025 10:51 PM

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan memperkukuh kerjasama dalam menangani isu penyalahgunaan dadah di negara ini.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan.

“Perbincangan antara lain menyentuh tentang usaha memperkukuh kerjasama Kementerian Komunikasi dengan JSJN.

“Ini termasuk memperhebat kempen kesedaran antidadah, serta membendung penyebaran dadah di platform dalam talian demi melindungi masyarakat, khususnya golongan muda,” katanya dalam catatan itu. 

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2484123