DUNIA

Jepun Keluarkan Amaran Tsunami Di Iwate Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 6.7

09/11/2025 06:23 PM

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Amaran tsunami telah dikeluarkan ke atas Wilayah Iwate selepas gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud melanda perairan pantai Sanriku di timur laut Jepun pada kira-kira pukul 5.03 petang (waktu tempatan) Ahad, lapor Kyodo News.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa bumi pada kedalaman kira-kira 10 kilometer itu mencatatkan intensiti seismos 4 pada skala tujuh mata Jepun di beberapa bahagian wilayah berkenaan.

Kyodo News turut melaporkan bahawa sebahagian daripada perkhidmatan kereta api laju Tohoku Shinkansen terpaksa dihentikan akibat gangguan bekalan elektrik selepas gempa bumi itu.

Pihak berkuasa Jepun masih memantau keadaan berkenaan.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2488864