SYDNEY, 18 Nov (Bernama-Xinhua) -- Polis di negeri Queensland, Australia menembak mati seorang lelaki selepas suspek menikam seorang lelaki lain dan mengugut seorang wanita pada awal pagi Selasa, lapor Xinhua.
Perkhidmatan Polis Queensland (QPS) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki ditikam di bahagian leher di sebuah jalan di bandar Caboolture, kira-kira 40 kilometer di utara Brisbane sekitar 3.42 pagi.
Suspek kemudian melarikan diri dengan berjalan kaki sebelum ditemukan tidak lama kemudian ketika sedang mengugut seorang wanita awam, menurut QPS.
Seorang anggota polis melepaskan tembakan ke arah suspek, menyebabkan lelaki itu maut di tempat kejadian.
Mangsa tikaman kini dirawat di hospital dan dilaporkan serius, manakala wanita terbabit tidak mengalami kecederaan fizikal.
QPS berkata siasatan lanjut mengenai insiden berkenaan sedang dijalankan.
-- BERNAMA-XINHUA