DUNIA

Hampir Dua Juta Tiket Piala Dunia 2026 Terjual

27/11/2025 07:31 PM

LONDON, 27 Nov (Bernama-PA Media/dpa) -- Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan hampir dua juta tiket terjual bagi Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico, lapor PA Media/dpa.

Peminat dari England antara pembeli tertinggi, selain tiga negara penganjur, serta Jerman, Brazil, Colombia dan Sepanyol.

Peminat akan mengetahui jadual perlawanan selepas undian berlangsung pada 5 Dis, dengan fasa seterusnya bagi penjualan tiket bermula pada 11 Dis.

Ketua pegawai operasi Piala Dunia FIFA 2026, Heimo Schirgi berkata: “Dengan 42 pasukan sudah layak, kami menyaksikan minat global yang besar ketika kami bersiap untuk mengetahui kebanyakan perlawanan, termasuk lokasi dan tarikhnya ia akan berlangsung.”

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2496192