POLITIK

Mohd Shafie Pertahan DUN Senallang

30/11/2025 12:52 AM

KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berjaya  mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna menang dengan majoriti 6,837 dalam persaingan empat penjuru.

Mohd Shafie menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Marunda KK Ampong daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Mohd Lipai @ Samsu Sundalu (Parti Impian Sabah) dan Abdul Majid Angkulan (Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) 

Pada PRN 2020, Mohd Shafie memperoleh majoriti 4,631.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2497058