AM

Kabinet Baharu Sabah Angkat Sumpah Jawatan Petang Ini

01/12/2025 04:04 PM

KOTA KINABALU, 1 Dis (Bernama) -- Kabinet baharu Sabah Pasca-Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 mengangkat sumpah jawatan hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan anggota Kabinet Sabah berlangsung di Istana Seri Kinabalu di sini pada 3.36 petang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman.

Pada awal pagi Ahad lepas, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri ke-17.

Mengikut keputusan rasmi PRN Sabah ke-17, GRS memperoleh 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Parti Warisan (Warisan) pula mendapat 25 kerusi diikuti Barisan Nasional (6), Bebas (5), UPKO (3), Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR (2) manakala Perikatan Nasional, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan Pakatan Harapan masing-masing menang satu kerusi.

Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2497535