PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

09/12/2025 10:15 AM

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bercampur-campur dalam dagangan awal pada Selasa.

Pada 9.30 pagi, kontrak Disember 2025 menyusut 0.5 mata kepada 1,609.0, Januari 2026 tidak berubah kepada 1,613.0, Mac 2026 rendah satu mata kepada 1,595.5 dan Jun 2026 menambah dua mata kepada 1,602.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,392 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 38,286 kontrak

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 1.33 mata selepas 35 minit diniagakan kepada 1,614.11 berbanding 1,612.78 semasa ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2500296