DUNIA

Korea Selatan Kecualikan Cukai Tambahan Kos Penghantaran Akibat Lencongan Selat Hormuz

03/04/2026 03:44 PM

SEOUL, 3 April (Bernama-Yonhap) -- Korea Selatan akan mengecualikan cukai ke atas kos tambahan penghantaran daripada tarif ke atas import yang dialihkan laluannya susulan penutupan Selat Hormuz, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian kewangan pada Jumaat.

Langkah itu sebahagian daripada langkah penambahbaikan peraturan yang lebih luas bagi mengurangkan gangguan rantaian bekalan, memandangkan laluan perkapalan utama di Asia Barat itu pada dasarnya ditutup sejak serangan Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran pada akhir Februari.

Di bawah pelan berkenaan, syarikat tempatan yang menggunakan laluan alternatif atau kaedah pengangkutan lain bagi mengelakkan Selat Hormuz akan dibenarkan mengecualikan peningkatan kos penghantaran daripada cukai, menurut Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

-- BERNAMA-YONHAP

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2540575