JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Buru Tiga Suspek Dipercayai Terlibat Jenayah Curi Kabel

21/04/2026 12:05 AM

ALOR GAJAH, 19 April (Bernama) -- Polis sedang memburu tiga suspek dipercayai terlibat dalam jenayah curi kabel selepas mereka bertindak meloloskan diri ketika ditahan untuk pemeriksaan di lampu isyarat Kelemak di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, ketiga-tiga suspek yang menaiki kereta jenis Volkswagen Polo berwarna putih dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum petugas unit kereta peronda (MPV) polis mengarahkan pemandu supaya menghentikan kenderaan untuk diperiksa.

Beliau berkata bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan memecut laju untuk melarikan diri sehingga menyebabkan petugas MPV terlibat terpaksa mengejar kenderaan suspek hingga Kampung Pegoh.

"Sebaik tiba di kawasan kampung berkenaan, didapati tiga suspek berpakaian serba hitam termasuk seorang daripadanya memakap topi berwarna merah telah keluar dari kenderaan dan melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

"Pemeriksaan terhadap kenderaan terlibat mendapati terdapat peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah curi kabel," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata polis telah melaksanakan Ops Tutup bagi mengesan ketiga-tiga suspek dan pemilik kenderaan terlibat telah dikenal pasti bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menyalurkannya menerusi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, 06-556 4153.

Sementara itu, Mohd Khairul Amri Ab Kadir, 42, yang mengalami kecederaan di bahagian dagu, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tanah Merah.

Mohd Amirul Akil, 38, berkata ketika kejadian, abangnya keluar meronda bagi memeriksa lembu peliharaan di kawasan Lalang Pepuyu bersama dengan beberapa penduduk.

Dia berkata seorang penduduk kemudian terserempak dengan sekumpulan lelaki yang menaiki lima motosikal roda tiga.

“Tidak lama kemudian, beberapa das tembakan dilepaskan oleh kumpulan berkenaan, dan satu daripadanya terkena pada dagu abang saya… penduduk yang berada di lokasi segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” kata Mohd Amirul di rumahnya di Kemahang 1 di sini hari ini.

Dia berkata kejadian kecurian lembu pernah dilaporkan berlaku di kawasan itu sebelum ini kerana kebanyakan ternakan dipelihara secara lepas bebas oleh penduduk.

Mohd Amirul juga berkata kumpulan pencuri dipercayai menggunakan ubat pelali sebelum mengangkut lembu berkenaan menggunakan kenderaan yang kemudian dikumpulkan dalam sebuah kandang.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2546703