DUNIA

APPLE VISION PRO DIJUAL DI BEBERAPA NEGARA BERMULA 12 JULAI

29/06/2024 11:48 AM

CUPERTINO, 29 Jun (Bernama-dpa) -- Apple Vision Pro kini tersedia di beberapa negara selain Amerika Syarikat termasuk China, Hong Kong, Jepun dan Singapura.

Ini menandakan kali pertama produk itu dilancarkan di peringkat antarabangsa, manakala prapesanan turut dibuka di lima lokasi lain seperti Kanada, Jerman, Perancis, Australia dan UK, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jualan rasmi produk itu bermula pada 12 Julai.

Harga Apple Vision Pro berbeza mengikut negara.

Di China, harga permulaan adalah kira-kira 18 peratus lebih tinggi berbanding di AS, dengan harga 29,999 yuan atau kira-kira US$4,128 berbanding harga runcit US$3,500 di AS.

Bagi pelanggan di UK, Apple mengumumkan bahawa pihaknya boleh menjadualkan demonstrasi peribadi Apple Vision Pro di lokasi Apple Store terpilih bermula dari 12 Julai.

-- BERNAMA-dpa

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan