JENAYAH & MAHKAMAH

POLIS MOHON BANTUAN KESAN REMAJA PEREMPUAN HILANG

31/07/2024 01:02 AM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata remaja itu ialah Puteri Damia Darwisyah Abdullah, yang mempunyai ketinggian 155 sentimeter dengan berat anggaran 60 kilogram dan berkulit sawo matang.

“Puteri Damia Darwisyah dipercayai dilihat kali terakhir di USJ 11, Subang Jaya, Selangor, pada Ahad 6 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan menyeru orang ramai yang menemukan atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan remaja ini, agar menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau 03-7862 7100.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan