PARIS, 1 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Pemegang rekod dunia Yang Jiayu meraih pingat emas pertama acara olahraga untuk China di Sukan Olimpik Paris 2024, memenangi acara 20km jalan kaki wanita dengan catatan masa satu jam, 25 minit dan 54 saat pada Khamis.
Yang, yang menduduki tempat ke-12 di Tokyo 2020, mendahului perlumbaan dari awal lagi dan melintasi garisan penamat dengan kelebihan 25 saat mengatasi Maria Perez dari Sepanyol yang mendapat tempat kedua, lapor agensi berita Xinhua.
Pingat gangsa dimenangi oleh Jemima Montag dari Australia.
-- BERNAMA-XINHUA