DUNIA

INDIA, VIETNAM TANDATANGANI PERJANJIAN BARISAN KREDIT US$300 JUTA

01/08/2024 09:08 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 1 Ogos (Bernama) -- India akan menyediakan barisan kredit sebanyak US$300 juta kepada Vietnam untuk memperkukuh keselamatan maritim negara Asia Tenggara itu.

Beberapa perjanjian telah ditandatangani ketika Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, membincangkan hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara di New Delhi pada Khamis.

Perjanjian mengenai barisan kredit dari India adalah satu daripada beberapa perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India.

Chinh tiba di India pada Selasa malam untuk lawatan tiga hari.

India dan Vietnam telah bersetuju dengan "pelan tindakan" untuk pelaksanaan "Perkongsian Strategik Komprehensif" mereka bagi tempoh 2024-2028.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan