AM

PM ANWAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI SPA

12/08/2024 10:54 PM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata perbincangan diadakan menjurus kepada usaha penambahbaikan berterusan SPA dalam menjalankan fungsi selaras Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata beliau turut dimaklumkan bahawa SPA akan memperkasa program mengesan bakat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mendapatkan individu terbaik untuk berbakti dalam perkhidmatan awam.

“Ini termasuk memperluas program khidmat masyarakat SPA ke seluruh pelosok negara untuk memberi penerangan kepada masyarakat berhubung peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam, terutama di kawasan-kawasan yang masih mempunyai capaian Internet terbatas,” menurut catatan itu.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan