EKONOMI

MITI LANCAR LAPORAN KELESTARIAN 2023, PASTIKAN INDUSTRI PEROLEH AKSES PASARAN LESTARI

01/10/2024 04:36 PM

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan industri mendapat akses kepada pasaran lestari, serta mampu meningkatkan kecekapan pengurusan sumber, mengukuhkan tadbir urus dan mencapai sasaran sifar bersih negara.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Laporan Kelestarian MITI 2023 yang dilancarkan hari ini bertujuan membangunkan industri dan sektor perdagangan yang menerapkan amalan mampan.

“Faktor utama pelancaran laporan ini untuk menunjukkan kepada pihak industri bukan sahaja kita mengharapkan mereka melaksanakannya malah sebagai (pentadbiran) kerajaan, sebuah kementerian seperti MITI juga perlu ada laporan sendiri.

“Cara kita menumpukan isu kelestarian, termasuk isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Terbuka MITI 2024 di sini, pada Selasa.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan