EKONOMI

PM ANWAR JANGKA BELANJAWAN 2025 TAMBAH BAIK KERANGKA EKONOMI, AGIHAN SAKSAMA

07/10/2024 07:05 PM

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan hari ini.

Belanjawan 2025 dijadualkan dibentangkan pada 18 Okt 2024 di Parlimen. 

“Insya-Allah, pada pembentangan belanjawan 18 Oktober ini, lebih banyak pembaikan kepada struktur ekonomi akan diperkenalkan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat ini dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama,” kata beliau dalam hantaran di platform X.

Perdana Menteri menyatakan penghargaan kepada semua tenaga kerja yang telah bertungkus-lumus untuk merangka belanjawan berkenaan.

Dalam temu bual dengan CNBC baru-baru ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dan kenaikan gaji dalam belanjawan yang akan datang.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan