EKONOMI

KERAJAAN CADANG NAIKKAN NILAI AMBANG KENAAN LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA BUAH SAWIT - PM ANWAR

18/10/2024 06:55 PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan bercadang menaikkan nilai ambang kenaan levi keuntungan luar biasa ke atas buah kelapa sawit bagi Semenanjung Malaysia kepada RM3,150 manakala RM3,650 bagi Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata struktur julat harga pasaran dan kadar duti eksport minyak sawit mentah pula disemak semula mulai 1 Nov 2024.

“Layanan semasa bagi eksport minyak sawit mentah dari Sabah dan Sarawak juga akan dikekalkan,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata insentif galakan kepada pekebun kecil menanam semula sawit juga diteruskan bagi menggantikan sawit tua yang tidak lagi produktif dengan peruntukan RM100 juta.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan