EKONOMI

KADAR ANTARA BANK JANGKA PENDEK DITUTUP STABIL SUSULAN OPERASI BNM

01/11/2024 07:00 PM

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM31.82 bilion daripada RM32.05 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM20.40 bilion daripada RM21.41 bilion sebelum ini.

Awal hari ini, BNM menjalankan satu tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM20.40 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang tiga hari.

Setakat 30 Oktober, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.

-- BERNAMA


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan