KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menyegerakan pengisian 4,352 perjawatan di fasiliti kesihatan, termasuk lantikan doktor kontrak pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata langkah itu diambil susulan keperluan mendesak terhadap sektor penjagaan kesihatan dalam negara.
“Ada keluhan beberapa jawatan penting yang menyentuh kepentingan rakyat umpamanya doktor.
“Jadi kita putuskan bahawa sementara perkhidmatan harus lebih baik, ada doktor kontrak dan doktor baharu diperlukan,” kata Perdana Menteri.
Anwar berkata demikian ketika mengumumkan penghargaan untuk rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini.
-- BERNAMA