KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun 4 sen, iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.13 seliter dan RM2.90 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Ogos ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.
Menurut kenyataan itu harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
“Harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan MOF itu memaklumkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut MOF.
-- BERNAMA