AM > BERITA

BERNAMA, YAYASAN BANK RAKYAT JALIN KERJASAMA ANJUR BENGKEL PENGURUSAN MEDIA SOSIAL

08/05/2024 10:03 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pusat Kecemerlangan Bernama, yang berperanan menyediakan program latihan berkaitan media dan kewartawanan, kini meluaskan peranannya menerusi jalinan kerjasama dengan Yayasan Bank Rakyat.

Kerjasama itu, yang dilaksana melalui penganjuran Bengkel Pengurusan Media Sosial, adalah yang pertama membabitkan agensi berita berkenaan dan Yayasan Bank Rakyat dalam usaha meningkatkan kefahaman mengenai pengurusan kandungan digital.

Bengkel itu, yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Wisma Bernama di sini, dihadiri 37 peserta melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan bukan kerajaan yang ditaja oleh Yayasan Bank Rakyat.

Institusi pengajian tinggi terlibat ialah Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin, Politeknik Muadzam Shah dan Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Nasriah Darus, ketika berucap pada majlis penutup, menzahirkan rasa bangga terhadap kerjasama itu dan berharap inisiatif seumpamanya dapat dikembangkan lagi pada masa akan datang.

Orang ramai yang berminat mengadakan kerjasama latihan dan bengkel, boleh melayari laman sesawang Pusat Kecemerlangan Bernama di training.bernama.com.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan