AM > BERITA

HAMPIR 130,000 PESAWAH TERIMA BANTUAN TUNAI MENERUSI INSENTIF PEMBAJAKAN, PENUAIAN

11/06/2024 02:51 PM

PUTRAJAYA, 11 Jun (Bernama) -- Hampir 130,000 pesawah di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim menerusi kenaikan kadar insentif pembajakan serta pengenalan insentif penuaian. 

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini hari ini, pada 27 Mei lepas kementerian telah menaikkan kadar insentif pembajakan dan memperkenalkan insentif penuaian.

"KPKM mengambil langkah menambah baik kadar sedia ada bagi insentif pembajakan iaitu daripada RM100 per hektar per musim kepada RM160 per hektar per musim manakala insentif penuaian pula pada kadar RM50 per hektar per musim," menurut kenyataan itu.  

Pada 27 Mei lepas juga, KPKM memaklumkan bahawa subsidi diesel kepada nelayan dikekalkan.

Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) termasuk kategori BUDI Agri-Komoditi kepada petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang berkelayakan.

Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter bermula semalam (10 Jun) iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan