AM > BERITA

MALAYSIA, FILIPINA TERUS PERKUKUH HUBUNGAN DIPLOMATIK - NANTA

12/06/2024 10:57 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berharap hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina teris diperkukuh ke peringkat lebih tinggi demi kejayaan dan kesejahteraan kerajaan serta rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Malaysia pada sambutan Hari Kemerdekaan Filipina ke-126 dan Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik Malaysia-Filipina yang diadakan hari ini.

“Saya telah disambut oleh Puan Yang Terutama Maria Angela A. Ponce, Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia. Wakil kebanyakan negara Asia turut berkumpul untuk meraikan majlis ini yang menampilkan kekayaan sejarah dan budaya dari kedua-dua negara.

“Terima kasih kerana mengundang Kerajaan Malaysia untuk sama-sama meraikan acara bersejarah ini. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada rakyat Republik Filipina! Maligayang Araw ng Kalayaan!” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan