AM > BERITA

PRK SUNGAI BAKAP: KEMENTERIAN KOMUNIKASI, JAPEN BUKA PUSAT MEDIA

21/06/2024 03:27 PM

NIBONG TEBAL, 21 Jun (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) akan membuka Pusat Media, sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat media itu bertempat di Kompleks Rakan Muda Jawi, Sungai Jawi di sini.

Ia akan mula beroperasi esok hingga 6 Julai dari 9 pagi hingga 9 malam. 

“Wakil-wakil media adalah dijemput untuk menggunakan kemudahan yang disediakan serta mendapatkan maklumat di pusat media tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Muhamad Hikal Aripin di talian 012-342 0989 dan Zamrud Laili Mohd Mustap (012-388 4379).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai ini sebagai hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada esok dan 2 Julai.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

-- BERNAMA 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan