AM > BERITA

MKN LANCAR GARIS PANDUAN PELAN TINDAKAN KESELAMATAN KOMUNITI DI SARAWAK

29/06/2024 05:05 PM

SIBU, 29 Jun (Bernama) -- Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak melancarkan Garis Panduan Pelan Tindakan Keselamatan Komuniti yang pertama di negeri itu di kawasan perumahan Rejang Park di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata garis panduan pelan itu akan membolehkan komuniti di kawasan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Sarawak mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang bencana.

“Tahniah kepada JKKK Rejang Park kerana dipilih sebagai kawasan pertama untuk pelancaran serta menerbitkan garis panduan ini di Rejang Park,” katanya ketika berucap pada majlis sempena Program Khidmat Keselamatan Komuniti dan Program Jiwa Komuniti Madani di Taman Trafik Rejang Park hari ini.

Program itu dianjurkan MKN Sarawak, Pejabat Penerangan Daerah Sibu serta Jabatan Penerangan Sarawak.

Beliau turut berharap pihak komuniti supaya bersama-sama menjaga keselamatan di kawasan perumahan masing-masing selain melaporkan kepada pihak bertanggungjawab sekiranya terdapat perkara mencurigakan dan faktor mengancam keselamatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan