AM > BERITA

INSIDEN BAS GENTING: INDUSTRI PENGANGKUTAN PERLU KETATKAN LANGKAH KESELAMATAN - LEE LAM THYE

29/06/2024 06:25 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Industri pengangkutan tempatan digesa mengetatkan langkah keselamatan jalan raya berikutan nahas bas di Genting Highlands hari ini, kata seorang aktivis sosial terkenal Tan Sri Dr Lee Lam Thye.

Lee yang juga Pengasas dan Pengerusi Alliance for a Safe Community berkata kemalangan seperti itu akan terus berlaku kecuali pemain industri pengangkutan dan pelancongan, komited sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan keselamatan, peraturan dan garis panduan.

“Tragedi ini sekali lagi menunjukkan bahawa pentingnya aspek keselamatan jalan raya yang menjadi isu keselamatan utama di negara ini.

“Persoalan yang perlu ditanya ialah sama ada semua pihak dan pihak berkepentingan akan bekerjasama untuk mencegah lebih banyak tragedi dan seterusnya mencapai status sifar kemalangan,” katanya ketika dihubungi Bernama, sambil menambah bahawa kemalangan itu sepatutnya menjadi peringatan kepada industri pengangkutan.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi tadi, dua warga China maut, manakala 19 penumpang terselamat selepas bas persiaran dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands dan video berdurasi 21 saat itu tular di media sosial.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan