AM > BERITA

PERHILITAN TIDAK TERIMA LAPORAN HARIMAU BERKELIARAN DI TANAH MERAH

01/07/2024 09:52 PM

KOTA BHARU, 1 Julai (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan tidak menerima laporan berkaitan seekor harimau berkeliaran di sebuah loji di Tanah Merah seperti yang tular menerusi media sosial.

Pengarahnya Mohammad Hafid Rohani berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih kerana boleh menimbulkan kegusaran awam.

"Jika tidak betul jangan kongsi kerana boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai terutama yang tinggal berdekatan kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam tular gambar menerusi Facebook memaparkan kehadiran seekor harimau didakwa berkeliaran di tepi jalan berdekatan sebuah loji air di Tanah Merah.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan