AM > BERITA

ORANG RAMAI DIPELAWA HADIR MERIAHKAN PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON TIMUR BERMULA ESOK

04/07/2024 12:08 PM

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Orang ramai dipelawa hadir memeriahkan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur yang akan bermula esok hingga Ahad ini di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abd Mutalib berkata program tiga hari itu antara lain menawarkan perkhidmatan secara langsung kepada rakyat termasuk penerangan terhadap dasar dan inisiatif kerajaan.

Beliau berkata karnival kerjaya turut akan dianjurkan di program berkenaan, selain pelbagai pameran dan reruai jualan.

“Kerajaan Negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu juga mempunyai reruai masing-masing yang antaranya mempromosikan kawasan-kawasan ekopelancongan dan program bantuan kebajikan rakyat,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV di sini hari ini.

Mazlan berkata orang ramai juga dipelawa melawat reruai Kementerian Komunikasi yang turut disertai agensi seperti RTM, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan program berkenaan pada hari Sabtu dan orang ramai dipelawa hadir untuk mendengar amanat beliau.

Program MADANI Rakyat 2024 merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan