AM > BERITA

PKMM HARAP SEMUA KONTRAKTOR G1 HINGGA G7 TERIMA MANFAAT VOP

17/07/2024 09:19 PM

KOTA BHARU, 17 Julai (Bernama) -- Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) berharap pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) dapat memberi manfaat kepada semua kategori kontraktor termasuk G1 hingga G7.

Presidennya Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata perkara itu berikutan sebelum ini VOP hanya melibatkan kontraktor kategori G3 ke atas iaitu yang mempunyai projek bernilai lebih RM500,000.

"PKMM ingin menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas usaha ke arah pelaksanaan dasar baharu VOP. Dengan adanya VOP ini ia akan membantu meringankan beban kontraktor yang terkesan dengan kenaikan harga bahan binaan.

"Sebelum ini VOP hanya melibatkan kontraktor G3 ke atas sahaja sedangkan kebanyakan kontraktor di negara ini terdiri G1 dan G2. Jadi kita ingin mencadangkan agar kelompok ini (G1 dan G2) terbela dan tidak akan menanggung beban kenaikan harga binaan secara melampau," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pelaksanaan VOP susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan. 

Beliau berkata kementerian telah bertemu Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Setiausaha Perbendaharaan serta Pengarah Belanjawan Negara untuk berbincang mengenai pelaksanaan VOP berkenaan.

Pada Sabtu lepas, kerajaan bersetuju secara dasar untuk melaksanakan VOP bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan susulan penyasaran subsidi diesel sekali gus memastikan projek siap tepat pada masa. 

 -- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan