AM > BERITA

PELANTIKAN AWANG BEMEE BUKTI KEPERCAYAAN KEPADA GPS – ABANG JOHARI

22/07/2024 03:43 PM

BINTULU, 22 Julai (Bernama) -- Pelantikan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-21 adalah bukti kepercayaan terhadap wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) memimpin dewan itu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Pengerusi GPS mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar kerana mencadangkan nama Awang Bemee sebagai calon tunggal bagi jawatan itu.

“Kita ucap tahniahlah kepada Awang Bemee kerana telah diberikan kepercayaan oleh Yang di-Pertuan Agong dan juga Perdana Menteri untuk dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Methanol Sarawak Petchem di sini, hari ini.

Pelantikan Awang Bemee dicadangkan oleh Anwar pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini bagi menggantikan mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia 10 Mei lepas.

Mutang sebelum itu telah menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan untuk menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan pada 26 Jan lepas. 

Awang Bemee yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Sarawak mengangkat sumpah sebagai Senator pada 15 Julai lepas atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh hingga 14 Julai 2027.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan