AM > BERITA

LPPKN LAKSANA KPKM KE-6 KUMPUL DATA, MAKLUMAT TERKINI KEPENDUDUKAN RAKYAT

22/07/2024 05:51 PM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM ke-6)  telah dimulakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi mengumpul data  terkini mengenai kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif rakyat Malaysia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga LPPKN Ahmad Hashimi Mohammad berkata KPKM adalah kajian flagship yang dijalankan LPPKN setiap 10 tahun dan sebanyak 37,550 rumah yang dipilih secara rawak akan dilawati tahun ini. 

"Perbezaan KPKM dengan Banci Penduduk ialah KPKM menjurus kepada soalan yang lebih terperinci dan mendalam termasuk berkaitan perkahwinan, penceraian, perancangan keluarga, kesuburan, bilangan anak yang dilahirkan dan aktiviti seksual.

"Perkara sebegini yang akan ditanyakan untuk membolehkan LPPKN menasihati kerajaan bagi membuat dasar berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif berdasarkan data yang diperoleh," katanya semasa menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV.

Ahmad Hashimi berkata KPKM melibatkan lima kategori responden iaitu wanita pernah berkahwin, lelaki pernah berkahwin iaitu masing-masing berumur 15 hingga 59 tahun, remaja berumur 13 hingga 24 tahun, warga emas 60 tahun ke atas dan penduduk bujang berumur 25 hingga 59 tahun.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan