DUNIA > BERITA

TRUMP TUNTUT PAMPASAN UNTUK REPUBLIKAN ATAS "PENIPUAN" PIHAK BIDEN

22/07/2024 08:19 PM

MOSCOW, 22 Julai (Bernama-Sputnik) -- Calon Parti Republikan dan bekas Presiden AS Donald Trump berkata partinya harus diberi pampasan atas dakwaan "penipuan" oleh pihak Presiden Joe Biden selepas keputusannya untuk menarik diri daripada perlumbaan presiden, lapor Sputnik.

Pada Ahad, Biden mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada perlumbaan presiden dan menyokong Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Parti Demokrat untuk jawatan presiden Amerika Syarikat (AS).

"Bukankah seharusnya Parti Republikan diberi pampasan atas 'penipuan' kerana semua orang di sekeliling Joe, termasuk doktornya dan media berita palsu, tahu bahawa beliau tidak mampu untuk bertanding atau menjadi Presiden?" catat Trump di rangkaian media sosialnya pada Ahad.

Bekas presiden itu menambah bahawa Parti Republikan terpaksa membelanjakan wang dan masa untuk melawan Biden dan kerana beliau telah menarik diri, kempen itu terpaksa dimulakan semula.

Pilihan raya presiden AS dijadualkan berlangsung pada 5 Nov.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan