AM > BERITA

ISTERI AHLI PARLIMEN TASEK GELUGOR MENINGGAL DUNIA

22/07/2024 07:55 PM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Isteri Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan, Datin Alena Omar meninggal dunia hari ini akibat kanser.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggai Bersatu itu memaklumkan Allahyarham meninggal dunia jam 3.07 petang di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

"Jenazah akan disempurnakan di IKN. Solat jenazah akan diadakan di Masjid Kariah Sungai Sekamat, Batu 12, Jalan Cheras, Kajang.

"Seterusnya, urusan pengebumian akan dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Jalan Sungai Sekamat," katanya melalui catatan Facebook miliknya.

Bulan lepas Wan Saiful memaklumkan isterinya menghidap kanser usus tahap empat dan ketika itu mendapat rawatan di sebuah hospital di ibu negara.

Beliau berkata isterinya sudah lama menghidap kanser usus dan menjalani rawatan kimoterapi sejak 2020.

Keadaan isteri beliau kritikal kerana kanser sudah merebak ke beberapa organ lain, tambah beliau.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan