AM > BERITA

TUJUH KAWASAN ALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR - AIR SELANGOR

23/07/2024 03:09 PM

SHAH ALAM, 23 Julai (Bernama) -- Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan air  tidak berjadual.

Air Selangor dalam kenyataan di Facebook memaklumkan gangguan bekalan itu ekoran empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas sementara berikutan insiden pencemaran bau dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah hari ini.

Empat LRA berkenaan ialah Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).

Air Selangor akan menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Senarai terperinci kawasan terjejas akan dikongsi dalam masa terdekat.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu melalui aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor melalui talian 15300 atau layari https://airselangor.com.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan